Tuesday, February 17, 2009

CORET-CORET ULANG TAHUN KELAHIRAN

assalamualaikum....
hurmmmm 2hr yg lps usia meningkat 1thn lagi...hehehhe..wah dh tua la aku nie rupanya.. syukur alhamdulillah saya masih lagi berada di sini..kepada kawan-kawan yang menantikan saya menulis dalam blog nie, saya minta maaf sebab tidak update blog ni.. sebenarnya saya tidak ada idea menulis then tidak ada event best nak post..wait n see ja la.. encik azirul pula rajin update blog..tahniah encik azirul, post la banyak-banyak, best ja kami baca..berbalik kepada "besday" saya plak, saya ucapkan terima kasih yang terhingga kepada kawan-kawan serumah yang menyambut pra besday saya malam tu...wah nasi goreng rock cek dayang, sup yang cun melecun cek mun, air yang sedap bangat cek mai, ewah-ewah, boleh buka biz ni..tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang wish besday, terima kasih banyak-banyak..beberapa hari lagi hari cek didie plak. mudah-mudahan plan kami nak buat majlis besday sama tercapai hujung bulan nie..saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menduduki test PTD kepada kawan-kawan yang bakal mendudukinya.. All the best ya..!!


itu ja la yang dapat saya coretkan kali ini.. jumpa lagi..wassalam..

Wednesday, January 28, 2009

Tuesday, December 30, 2008

MAJLIS ANUGERAH PINGAT EMAS PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA 2008

Pada 15 Disember 2008 yang lalu penulis berkesempatan menghadiri satu majlis anugerah pingat emas Persatuan Sejarah Malaysia 2008 yang telah diadakan di Dewan Tun Hamdan Sheikh Tahir, Wisma Sejarah, Kuala Lumpur. Dalam majlis tersebut, terdapat tiga orang pemenang iaitu, Siti Maisarah binti Bakar (Universiti Malaya), Mohd Azman bin Mansor (Universiti Kebangsaan Malaysia) dan Noor Aini binti Che Endut (Universiti Sains Malaysia). Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohd Taib Osman selaku Ahli Majlis Persatuan Sejarah Malaysia dan mantan Naib Canselor Universiti Malaya. Para pemenang masing-masing menerima Pingat Emas Persatuan Sejarah Malaysia, hadiah buku dan sijil pengiktirafan.

Anugerah tersebut dianugerahkan kepada pelajar terbaik dalam kursus Sejarah (Sejarah Malaysia) daripada tiga Insitusi Pengajian Tinggi Tempatan- UM, UKM dan USM. Pihak PSM mewujudkan anugerah ini sebagai cara untuk meningkatkan minat dan menggalakkan kajian yang bermutu tentang sejarah Malaysia.

Ciri-ciri Anugerah

Dianugarahkan kepada graduan terbaik dalam kursus Sejarah Malaysia, gabungan keputusan semua tahun pengajian.
Graduan tersebut memperoleh sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Sastera Kepujian (Kelas Dua, Tinggi)
Anugerah ini diberikan oleh Senat atas perakuan Lembaga Pemeriksa-pemeriksa berkenaan
Anugerah ini tidak diberikan sekiranya tiada calon yang dianggap layak menerimannya dalam mana-mana tahun pengajian

Fakta Anugerah

*Dimulakan pada tahun 1998
*Sehingga kini lapan orang graduan Universiti Malaya,
*Anugerah kepada pelajar UKM dan USM dimulakan pada tahun 2006.
*Senarai pemenang mengikut tahun
-Nordie Archie (1998)
-Hanita Ladja Harun (1999)
-Daljit Kaur a/p Telog Singh (2000)
-Sheila a/p Singaraju (2001)
-Norliza Mohammed (2002)
-Normawati Hj. Abdul Rahman (2003)
-Mohamed Ali Hj. Haniffa (2004)
-Nurul Asnida Abu Bakar (2005)
-Rabiah Sathee Abdullah (UM) dan Hasmawiyah Jidaruddin (UKM)- 2006
-Vanaja a/p Muganthan (UM) dan Ong Kian Hoo (UKM)- 2007

Dalam anugerah ini penulis amat tertarik dengan lagu rasmi PSM. Inilah kali pertama penulis mendengar dan menyanyikan lagu rasmi PSM dan kali kedua menghadiri majlis anugerah PSM.

MERTABATKAN SEJARAH MALAYSIA

Persatuan Sejarah Malaysia
Berkhidmat dari Arau ke Semporna
Memupuk minat sejarah nusa
Agar terserlah maruah bangsa

Gembeling tenaga terus berusaha
Meniup inspirasi jiwa muda
Jangan sekali-kali tinggalkan sejarah
Demi kekal bangsa bermaruah

Marilah bersama perjuangan kita
Mertabatkan sejarah Malaysia

Lagu: Tan Sri Dato’ Haji Dol Ramli
Lirik: Dato’ Haji Omar Mohd Hashim
Dato’ Nik Mohammed Nik Mohd
SEKITAR MAJLIS
SESI MEMPERKENALKAN PARA PENERIMA ANUGERAH





SESI PENYERAHAN ANUGERAH OLEH PROF. EMERITUS DATO' DR. MOHD TAIB OSMAN












POSE ISTIMEWA






RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN YANG HADIR







SUASANA MAJLIS









Sekian sahaja yang dapat penulis paparkan. Syabas dan tahniah kepada para penerima anugerah teruatamanya kepada Siti Maisara. Harapan semoga kita semua bersama memertabatkan sejarah negara kita. “Uphold the Dignity of Malaysia’s History”, sesuai dengan lagu tema PSM.

Sebelum mengakhiri, penulis ingin mengambil kesempatan merakamkan detik-detik sebelum bertolak ke majlis ini..hehehe..khas buat kengkawan terutamanya cek mai..



(cek mai tengah berdebar bakal memberi ucapan. Sampai gigit jari..hahaha)


wooowww…!! Posing manja c dayang ..cun lerr..!)


(Zali cool, Iwan over peace plak..)

(center…!! Tapi napa aku ngn kak mia sepotong jer..???)


(wah macho la korang..aik wardi mcm baru bangun tido ja.hihihi)


(3 dara pingitan..odah baju baru tu..hehehe..)


(Sumandak Sabahan. kak Mia comel la..Mun, "buka mata sikit tu.."hahaha)


(wah cun la didie nie, yang sebelah plak cute kn..wawawa..)





















Friday, December 12, 2008

MENCARI KEBIJAKSANAAN BARU DARIPADA DOKUMEN SEJARAH

SALAH sebuah buku penting yang harus dibaca untuk kita memahami pemikiran Barat ialah kompilasi dokumen, ucapan dan perjanjian yang terkandung dalam buku The Great Documents of Western Civilization tulisan Milton Viorst.
Buku itu menyenaraikan teks-teks bersejarah yang membentuk sistem sosial dan pandangan hidup orang Barat bermula dari zaman empayar Rom pada tahun-tahun Sebelum Masihi sehingga kepada persetiaan Magna Carta di England pada 1215 dan dokumen-dokumen lain yang merupakan teks perjanjian yang membentuk orde dunia moden.
Di Malaysia, satu usaha dibuat baru-baru ini untuk menyenaraikan perjanjian dan dokumen lama yang sudah menjadi sebahagian daripada sejarah tetapi implikasinya amat besar kepada kehidupan, sistem sosial dan politik negara. Buku Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia 1791-1965 terbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) itu dihasilkan dengan kerjasama Arkib Negara.
Seperti juga apabila kita terpesona membaca teks ucapan Their Finest Hour yang disampaikan oleh Perdana Menteri Britain, Winston Churcill pada tahun 1940 ketika Britain menjadi satu-satunya kerajaan Eropah yang belum tumbang dan berseorangan menentang kemaraan tentera Jerman dalam Perang Dunia Kedua yang turut menjadi sebahagian daripada kandungan buku The Great Documents of Western Civilization, kita akan turut merasakan debaran apabila membaca buku Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia 1791-1965.
Buku itu dilancarkan oleh Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di bangunan Parlimen semalam. Dalam buku itu Pengerusi ITNM, Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh menulis prakata dengan mengingatkan bahawa perjanjian dan dokumen lama itu merupakan bukti bagi pelbagai peristiwa penting yang berlaku antara pihak pemerintah dengan pihak penjajah yang selama ini terkunci dan tidak diketahui apa sebenarnya berlaku pada zaman tersebut. "Kita akan mendapat maklumat yang akan mengubah persepsi kita tentang apa yang termaktub dalam sejarah," katanya.
Di Istana Mestika di Shah Alam, Selangor, buku itu telah pun ada di atas meja kerja Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah minggu lalu dan sudah pun dibaca oleh baginda. Sudah tentu ia kini juga telah ditelaah oleh sultan-sultan dan raja yang lain. Para pemimpin politik dan pegawai kanan kerajaan juga wajib membaca buku tersebut untuk membolehkan mereka mendapat pengajaran berharga supaya tidak terperangkap dalam perjanjian tertentu yang pada kemudian hari mungkin membelit dan mengorbankan diri sendiri.
Antara bahan dalam buku itu yang benar-benar membuka mata ialah perjanjian antara Raja Perlis dengan Great Britain yang dirancang oleh wakil Raja Inggeris, Sir Harold MacMichael pada 4 Disember 1945. Perjanjian ke arah membentuk Malayan Union itu secara jelas menunjukkan Raja Perlis ketika itu bersetuju 'bagi pihak diri sendiri, waris dan pengganti baginda' bahawa 'Baginda King Great Britain hendaklah mempunyai kuasa dan bidang kuasa yang sepenuhnya ke atas negeri Perlis'.
Jika tidak kerana tentangan orang Melayu khususnya melalui UMNO selepas Perang Dunia Kedua, Perlis hari ini mungkin masih merupakan sebahagian daripada tanah jajahan Inggeris.
Kira-kira 22 tahun sebelum itu, pada 1 November 1923, Sultan Kedah menandatangani perjanjian perhubungan persahabatan dengan Inggeris. Dalam dokumen itu dinyatakan bahawa negeri Kedah hendaklah kekal di bawah naungan King Great Britain yang akan menjalankan hak ketuanannya.
Dinyatakan juga bahawa 'pengganti Sultan hendaklah terdiri daripada seorang keturunan langsung Sultan Abdul Hamid Halim Shah atau keturunannya yang dipilih oleh Majlis Negeri dan diterima oleh Baginda King Great Britain'. Ertinya, menerusi perjanjian itu, Baginda King Great Britain turut mempunyai hak untuk menentukan siapa yang akan menjadi Sultan Kedah ketika itu.
Butiran perjanjian itu menunjukkan raja- raja dan negeri Melayu berada dalam keadaan yang amat lemah ketika empayar Great Britain tengah di puncak kekuasaan dengan menguasai kira-kira satu perempat daripada daratan dunia, dengan tanah jajahan yang terbentang luas dari Jamaica di Caribbean sehingga ke Australia di Pasifik.
Buku Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia 1791-1965 setebal 236 halaman itu juga menerbitkan kembali teks perjanjian Sir Stamford Raffles dengan Datuk Temenggung Seri Maharaja Abdul Rahman yang memerintah Singapura pada 1819.
Dalam perjanjiannya dengan Raffles, Temenggung Abdul Rahman bersetuju bahawa beliau 'ada perjanjian selama-lamanya dengan kompeni Inggeris boleh duduk dan pelihara seperti janji ini tiada ia boleh masuk bicara atau lepas di dalam daerahnya pada segala bangsa yang lain daripada bangsa Inggeris'.
Perjanjian 'selama-lamanya' itulah yang menjadi titik tolak kepada terlepasnya Singapura daripada penguasaan Johor dan kira-kira 146 tahun kemudian pulau itu menjadi sebuah republik berasingan yang didominasi oleh orang Cina.
Selain memaparkan sistem politik dan pengaruh penjajah Inggeris yang ingin membolot sumber ekonomi Tanah Melayu, teks-teks perjanjian yang ditandatangani oleh pemimpin Melayu dengan Inggeris juga menampakkan pertembungan antara agama.
Dalam Persetiaan Naning 1801 yang turut ditandatangani oleh Dol Said dengan pegawai Inggeris di Melaka, penghulu dan pembesar Naning bersetuju menjual bijih timah hanya kepada kompeni Inggeris.
Perjanjian itu juga mendedahkan secara terbuka konflik agama ketika itu.
Perkara Sepuluh Persetiaan Naning menyebut 'mana-mana hamba lelaki dan perempuan yang dipujuk lari dari Naning ke Melaka, bagi memeluk agama Kristian, maka tuan punya hamba itu akan menerima ganti rugi sebanyak separuh daripada harga hamba itu, mengikut penilaian jawatankuasa yang akan dilantik kerajaan'.
Persetujuan itu kemudian diikuti Perkara Sebelas perjanjian tersebut yang juga memperkatakan isu yang sama. "Tetapi (jika) mana-mana orang menjual mana-mana hamba beragama Kristian atau orang biasa dari Melaka kepada orang Islam atau orang Pagan, sama ada dengan kerelaan mereka sendiri atau digoda ataupun dilarikan secara paksa daripada tuan mereka, lebih-lebih lagi mereka yang menggoda hamba Kristian atau orang biasa supaya berkhatan atau menggunakan kekerasan bagi mempengaruhi mereka menjadi orang Islam, nyawa mereka akan melayang dan harta benda mereka dirampas."
Yang menarik dalam perjanjian itu ialah penghulu dan pembesar Naning - termasuk Dol Said yang terkenal dalam sejarah kerana keberanian menentang Inggeris - berjanji dan bersumpah dalam Persetiaan Naning 'menggunakan al-Quran, atas nama masyarakat Naning, bahawa mereka akan mematuhi dengan sesungguhnya segala perintah yang ditetapkan dalam perkara-perkara ini, dan mengikat diri mereka bagi menyerahkan mana-mana pencabul perintah tersebut kepada Syarikat Hindia Timur, supaya hukuman boleh dikenakan ke atas orang itu'.
Persetiaan itu dibuat dan diikrarkan di Kota Melaka pada 16 Julai 1801. Teks Persetiaan Naning itu menampilkan betapa keras sikap penjajah Inggeris dalam mempertahankan anutan agama Kristian kumpulan tertentu di Melaka. Dalam respons mereka, para pemimpin Melayu yang hidup 200 tahun lalu bersumpah menggunakan al-Quran bagi mematuhi apa yang penjajah Inggeris itu inginkan.
Teks tauliah yang dibuat oleh Sultan Brunei pada tahun 1877 yang melantik seorang pengembara Jerman, Gustavus Baron de Overbeck sebagai Maharaja Sabah dan Raja Sandakan juga perlu menginsafkan kita. Dalam tauliah itu, Sultan Brunei yang mendapat bayaran pajakan 15,000 dolar setahun nilai wang ketika itu telah memberikan Overbeck 'kuasa hidup dan mati ke atas penduduknya, dengan segala hak mutlak ke atas harta yang terletak hak kepada beta bagi isi bumi negeri ini dan hak untuk melupuskan harta itu dan juga hak ke atas pengeluaran hasil bumi negeri ini'.
Tauliah lima perenggan itulah yang menjadikan Brunei sebuah negara kecil seperti yang kita ketahui sekarang.
Buku Perjanjian & Dokumen Lama Malaysia 1791-1965 itu, sebagaimana juga The Great Documents of Western Civilization tulisan Milton Viorst, memberikan kita pemahaman tentang sejarah silam.
Kepada orang yang telah membaca buku itu, pemahaman yang diperoleh seharusnya merintis kepada suatu kesedaran yang amat mustahak dipegang selama-lamanya iaitu kita perlu menjadi bijaksana dalam mempertahankan hak kita dan negara ini.

(Sumber: Utusan Malaysia, 12 Disember 2008)

Wednesday, December 10, 2008

thanks 4 u all comments..

assalamualaikum..tq 4 u all comments at my blog..komen yg mmbina amat dialu2kan..tp xbole ada unsur2 perkauman dan unsur2 politik..i dont like.. comment from anonymous any time plz leave ur name..tertanya2 plak sy..hehehe..best jgk ya, rmi yg mau minta ajar bt blog nie..bole ja ajar 2, tp kena tau etika blogger nie..jgn masuk ISA dh la..prob jgk 2..:) tp sy mmg xbrapa arif sngt..sy budak baru belajar..hmmm nantikn next post yg lbh menarik..ttg seminar jabatan then aktiviti/projek kolej kediaman 9 time sy dulu2, etc..ok..salam..